Total Pageviews

Wednesday, 7 September 2011

NERAKA JAHANAM SANGGUPKAH KITA MELAKUKAN MAKSIAT LAGI??

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Ana s bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

1.       Allah menjadikan madu lebah yang mampu menyediakan makanan berkhasiat untuk manusia.  Ia mampu memberikan tenaga dan mencerdikkan akal.

2.       Halia menyegarkan dan menguatkan urat saraf.  Ia dapat membetulkan perjalanan darah dalam tubuh dan menguatkan ingatan.

3.       Susu membantu menambahkan tenaga fizikal, menguatkan otak, meningkatkan kecergasan akal dan menajamkan penglihatan.

4.       Lobak merah berupaya mengatasi keletihan, mencegah jangkitan kuman dan bakteria, menjaga sistem saraf, awet muda, mencerahkan mata, mencegah serangan barah, melawaskan buang air kecil dan mencerdaskan minda.

5.       Memakan kuning telur berupaya mengatasi masalah lemah daya ingatan, lemah daya tumpuan, sering lupa, sering tertidur semasa membaca dan sering menguap.

6.       Kurma dapat mengatasi masalah sakit kepala, menjaga kesihatan saraf, menghilangkan keletihan kerana menggunakan tenaga fizikal dan otak serta menurunkan kolestrol.

7.       Kismis menyejukkan perut,  mencergaskan fikiran, menguatkan saraf, menghindarkan keletihan dan mengelokkan jantung.

8.       Terlalu banyak makan dan minum menyebabkan hati menjadi keras dan kurang peka.

P/s Sempena menjelang bulan peperiksaan nier, elok jugak diamalkan. Mudah-mudahan kesihatan kita dapat membantu minda kita untuk berfikir dengan lebih cerdas. Good luck. Cool


ASAL 4 BUAH SUNGAI DI SYURGA SUBHANALLAH

Bersabda Rasulullah : “ Semasa aku israk dan naik ke langit yang tinggi, malaikat Jibril telah member kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat didalamnya terdapat 4 buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada air susu, air madu, air arak dan air yang tidak masin”.

Aku bertanya kepada Jibril : “Wahai Jibril, dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya? Jibril menjawab “Wahai Rasulullah, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kausar sahaja dan aku tidak mengetahui dari mana asalnya”

Aku pun memohon petunjuk Allah dan muncullah seorang malaikat dengan member salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku. Lalu aku memejamkan mata. Apabila aku membuka mata, aku berada dekat sepohon pokok yang besar dibuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya daripada yakut hijau dan kunci-kuncinya daripada emas.

Aku melihat empat batang sungai sedang mengalir dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya, “Tidakkah engkau ingin melihat didalamnya?” Aku pun bertanya “Bagaimana aku dapat masuk sedangkan pintunya berkunci?Dimanakah kuncinya?”

Jawab malaikat itu, “Kunci didalam tanganmu”. Tanyaku lagi “Dimana?. Jawabnya “ Cukup engkau membaca Bismillahirahmanirrahim”.

Lalu aku pun ucapkan dan pintu terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalam. Sungguh hebat ciptaan Allah, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah tiang yang besar.

Melihat aku mahu keluar, malaikat bertanya lagi kepadaku “Apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya.

Lalu aku pun perhatikan sekali lagi. Alu lihat terdapat kalimah Bismillahirahmanirrahim di antara empat batang tiangnya. Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf mim perkataan ar-rahman, keluar air sungai arak. Dan dari lubang mim dari perkataan ar-rahim, keluar air sungai madu. Dari itu, barang siapa dari umatku membaca Bismillahirahmanirrahim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.

Sunday, 4 September 2011

CARA MEMOTONG KUKU DENGAN BETUL


MONDAY, JULY 18, 2011

potong kuku dgn cara yg btol n ari2 yg di sunat kan..

 
Assalamualaikum..
Korg selalu potong kuku kan.?taw x cara yg betul.?taw x ade hari2 yg xdi galakkan utk memotong kuku..So,entri kali nak berkongsi tentang ni..cara2 memotong kuku n hari2 yang boleh memotong kuku..


Hari Sabtu-Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad-Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin-Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa-Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu-Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis-Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

Hari Jumaat-Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.




Pertama: Di sisi Imam Ghazali

Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking. Biarkan dahulu ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan jari kelingking hingga ke ibu jari tangan. Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. Nak senang, tengok gambar! 




Kedua: Di sisi Imam Nawawi.


Imam Nawawi menyebut cara ini di dalam kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg tertulis di atas. Hadith tersebut berada di dalam Kitab Thoharoh di bawah Bab Khisal Al-Fitrah. Kalau ada masa, rujuklah.


Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan kuku jari telunjuk hingga ke kelingking. Kemudian ibu jari. Berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan kelingking hingga ibu jari. Tengok gambar.







Cara potong kuku jari kaki

Sebagaimana yg diajar oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim, setelah selesai potong kuku jari tangan maka barulah potong kuku jari kaki. Cara yg disebut oleh Imam Nawawi ialah:


Mulakan dengan jari kelingking kanan hinggalah ke kelingking kiri. Straight je! Sama seperti teknik menyelat jari kaki ketika berwuduk. 







Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih..


Menanam Potongan Kuku 
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia.Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub 

Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia  memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.


::CORETAN HATI : Disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan pagi Jumaat. Setelah selesai, disunatkan membasuh jari. 
RENUNG-RENUNG KAN..SELAMAT BERAMAL..

Hari Sabtu-Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad-Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin-Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa-Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu-Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis-Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

Hari Jumaat-Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.




Pertama: Di sisi Imam Ghazali

Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking. Biarkan dahulu ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan jari kelingking hingga ke ibu jari tangan. Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. Nak senang, tengok gambar! 




Kedua: Di sisi Imam Nawawi.

Imam Nawawi menyebut cara ini di dalam kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg tertulis di atas. Hadith tersebut berada di dalam Kitab Thoharoh di bawah Bab Khisal Al-Fitrah. Kalau ada masa, rujuklah.

Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan kuku jari telunjuk hingga ke kelingking. Kemudian ibu jari. Berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan kelingking hingga ibu jari. Tengok gambar.







Cara potong kuku jari kaki

Sebagaimana yg diajar oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim, setelah selesai potong kuku jari tangan maka barulah potong kuku jari kaki. Cara yg disebut oleh Imam Nawawi ialah:

Mulakan dengan jari kelingking kanan hinggalah ke kelingking kiri. Straight je! Sama seperti teknik menyelat jari kaki ketika berwuduk. 






Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih..


Menanam Potongan Kuku 
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia.Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia  memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.


::CORETAN HATI : Disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan pagi Jumaat. Setelah selesai, disunatkan membasuh jari. 
RENUNG-RENUNG KAN..SELAMAT BERAMAL..

Monday, 29 August 2011

SHIT!!!!KORANG NAK TENGOK X FANS KPOP....


     Assalammualaikum w.r.b......
Annyeong Haseyo..... Hyep.....



Okay, that is me.. Don't comment my pic at here, comment at my FB k... Search je my name, then kuar lah mine... :)
Hmmm, full name : 
Can Call SUFI,  I'm 14 years old.. Studies at.... Okay n I sit at 2 MoHID for this year... 
Born on JUNE,19....  n at Muar, Johor.... :)
.....ANAK MUAR..... 
Hmmm, lg ape ek,  personal aq letak sikit lah eh, 
I'm a single ,
I don't eat fish, all kind of fishes... Hmm, Wae?? Hmm, ade trajedi hitam bersama Ikan... :')
Actually, mase tuh aq kecik lah, about 4 years like that lah, Mase uh Ibu aq bg makan Ikan, Ikan ape tah.. ( forgot ) 
Hmm, pastu TERCEKIK... Err... 
Sebab kan Silly Incident uh, teros x makan Ikan, until now... Ikan bilis pon same. If dalm makanan uh ade Ikan Bilis, aq terus x nak makan, Kalau aq x tahu kan, aq makan je.. Sebab mane lah aq tahu tuh ade ikan Bilis.. ( I'm nonsense , I know it ) hmmm,
My favorite subject are : Science, Math, English, n History...
Semua uh, aq prnh dapat A, tp history aq dapat A n C only.. B, x pernah lagi... Yg lain x de lagi aq C, eh ade Science mase first exam... :) Math, alhamdullilah Straight A+ , (bangga ) Ceyh, Sorry, kalau x suka... :)
Hmm, I'm a fanboy of KPOP....
Awww.. Best nye... :) 
Hehehehhe, I know, ade segelintir person Hate Kpop, till diorang ade tubohkan satu page (ANTI K-POP) kat FB, sometimes, aq bace gak lah Post-post diorang yg x bertamadun, x de sivik uh... Hmm, marah? Ade lah gak, but tuh diorang nye hak, they can do anything their like, same with me, I like KPOP n U ( to the adminsANTI KPOP ) like to make people anger with u'r own silly posts.... :) what ever....
Who Cares, right? asalkan diorang bahagia... :) 
Hmm, my favorite foods are ' AYAM MASAK MERAH ' , '  SPAGHETTI  ' N drinks, hmmm, anything, asalkan HALAL n bukan darah or bende busok.. Ewk.. ( means air tuh yg busok ) :)
Hmmm, Korang kalau nak contact aq kan kat sini :
TUMBLR ( www.tumblr.com/saufiothman )
-TWITTER ( www.twitter.com/saufi_othman )
-FACEBOOK 1 ( www.facebook.com/profile.php?id=100000333082170 )
yg tuh I'm always online... N bawah nie jrng gak lah, hmm, x pe lah, aq malas nak share Facebook 2, malas nak buka... :)



WHAT A GAY!!!!!!!!!!

hahaha apabila otak diletakkan di hujung kaki


undefined

Cara Rasulullah saw Menyambut Aidilfitri


Cara Rasulullah saw Menyambut Aidilfitri

1. Bertakbir

- Sunat bertakbir pada Hari Raya Aidilfitri bermula dari malam raya sehingga imam mengangkat Takbiratulihram untuk solat sunat Hari Raya.

2. Mandi Sunat, memakai pakaian yang terbaik(bukan semestinya baru!) dan berwangi-wangian.
- Imam Al-Hakim telah meriwayatkan bahawa Hasan Bin Abi Talib r.a berkata : “ Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami pada kedua-dua Hari Raya supaya memakai sebaik-baik pakaian yang kami miliki, menggunakan wangian yang paling baik dan menyembelih binatang korban yang paling berharga(mengikut kemampuan). (Al-Mustadrak al-Hakim)
- “Rasulullah s.a.w sentiasa mandi pada Aidilfitri dan Aidiladha”(Riwayat Ibn Majah)

3. Makan sebelum keluar rumah.
- Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Anas B. Malik berkata : “Rasulullah s.a.w tidak keluar dari rumah Baginda pada hari Aidilfitri melainkan Baginda akan makan beberapa biji tamar terlebih dahulu. Baginda makan beberapa biji kurma dalam bilangan ganjil(bukan genap).”(Riwayat al-Bukhari)

4. Pergi ke masjid dan pulang dengan melalui jalan yang berbeza.
- Jabir bin. Abdullah menceritakan bahawa pada Hari Raya, Rasulullah s.a.w menggunakan jalan yang berbeza. (Riwayat al-Bukhari)

- Kita akan bertemu dengan lebih ramai umat Islam lain dan dapat mengeratkan silaturrahim.


5. Ucapan Hari Raya
- Jubair bin. Nufair r.a berkata : “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu sesama mereka pada Hari Raya, mereka saling mengucapkan …

"Taqabbalallahu minna wa minkum"

Maksudnya : “Moga-moga Allah menerima amalan kami & amalan kalian semua”
(Ibn. Hajar, Fath al-Bari)
- Namun, tidak salah untuk mengucapkan ‘selamat hari raya, maaf zahir batin’, tetapi sebagai umat yang sentiasa ingin menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh, utamakanlah ungkapan yang diamalkan pada sahabat ini, kemudian diikuti adat masyarakat setempat.

6. Solat Sunat Hari Raya dan mendengar khutbah.
- Umat Islam disunatkan melakukan solat sunat pada kedua-dua Hari Raya secara bejemaah(aidilfitri & aidiladha) & mengambil iktibar daripada khutbah yang disampaikan.

Sahabat-sahabat, Ingatlah kebesaran Allah dan bersyukurlah padaya di hari kemenangan ini. Berkongsilah kegembiraan hari ini bersama golongan fakir miskin dengan memberi zakat & bersedekah pada mereka. Janganlah kita menyambut Syawal dengan merosakkan ketaatan pada Allah yang telah dibina dan dikuatkan sebulan lamanya di bulan Ramadhan. Antaranya menyambut Hari Raya hingga melalaikan solat, tidak menutup aurat, pergaulan tanpa batas antara lelaki & perempuan yang bukan mahram, makan terlampau banyak sehingga membahayakan kesihatan dan berlaku pembaziran. Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Wassalam
__________________