Total Pageviews

Wednesday, 7 September 2011


1.       Allah menjadikan madu lebah yang mampu menyediakan makanan berkhasiat untuk manusia.  Ia mampu memberikan tenaga dan mencerdikkan akal.

2.       Halia menyegarkan dan menguatkan urat saraf.  Ia dapat membetulkan perjalanan darah dalam tubuh dan menguatkan ingatan.

3.       Susu membantu menambahkan tenaga fizikal, menguatkan otak, meningkatkan kecergasan akal dan menajamkan penglihatan.

4.       Lobak merah berupaya mengatasi keletihan, mencegah jangkitan kuman dan bakteria, menjaga sistem saraf, awet muda, mencerahkan mata, mencegah serangan barah, melawaskan buang air kecil dan mencerdaskan minda.

5.       Memakan kuning telur berupaya mengatasi masalah lemah daya ingatan, lemah daya tumpuan, sering lupa, sering tertidur semasa membaca dan sering menguap.

6.       Kurma dapat mengatasi masalah sakit kepala, menjaga kesihatan saraf, menghilangkan keletihan kerana menggunakan tenaga fizikal dan otak serta menurunkan kolestrol.

7.       Kismis menyejukkan perut,  mencergaskan fikiran, menguatkan saraf, menghindarkan keletihan dan mengelokkan jantung.

8.       Terlalu banyak makan dan minum menyebabkan hati menjadi keras dan kurang peka.

P/s Sempena menjelang bulan peperiksaan nier, elok jugak diamalkan. Mudah-mudahan kesihatan kita dapat membantu minda kita untuk berfikir dengan lebih cerdas. Good luck. Cool


No comments:

Post a Comment